Gunakan ciri Bulatkan untuk Membuat Carian pada Telefon Pixel anda








Gunakan ciri Bulatkan untuk Membuat Carian pada Telefon Pixel anda
Untuk mengikut contoh Bulatkan untuk Membuat Carian ini, leret ke atas daripada bahagian bawah skrin anda.
Petua: Anda boleh menggunakan ciri Bulatkan untuk Membuat Carian pada mana-mana apl melalui telefon Pixel anda.Buka apl YouTube
.
Apabila anda menonton YouTube Short atau jenis video yang lain, sentuh & tahan bar navigasi pada bahagian bawah skrin anda.
Bar Google Search akan dipaparkan.
Bulatkan bahagian imej yang mahu anda gunakan untuk melakukan carian.Petua: Anda juga boleh mengetik atau mencoret bahagian yang mahu anda gunakan untuk melakukan carian.Hasil carian Google akan dipaparkan pada bahagian separuh bawah skrin anda.
Petua: Anda boleh menambahkan lebih banyak perkataan carian pada kotak carian Google untuk memperincikan hasil carian anda.Apabila anda telah selesai dan mahu kembali kepada konteks apl anda yang asal, leret ke bawah atau ketik Tutup
pada penjuru bahagian atas sebelah kiri skrin.
Petua: Untuk menatal hasil carian yang selebihnya, leret ke atas daripada bahagian bawah skrin anda.





